
Sudah lama mencari peluang untuk belajar ilmu asas Fardu Ain?
Ingin belajar kitab dengan para Tuan Guru yang mewakafkan hidup mereka untuk ilmu?
Nak tak kami kongsikan kepada anda, Daurah Kitab Perukunan.
Kitab ini membahaskan tiga ilmu penting yang wajib dikuasai oleh setiap orang Islam
1. Tauhid. Ilmu yang menjaga akidah kita dan berakidah dengan Ahlus Sunnah wal Jamaah
2. Feqah. Ini adalah perbahasan paling banyak dalam kitab ini.
3. Tasawwuf. Diselitkan juga perbahasan Tasawwuf supaya amal ibadah kita bukan sahaja sah, tetapi diterima Allah.
Memperkenalkan kepada anda,
Daurah Kitab Perukunan yang dibimbing oleh
para Tuan Guru Pondok
1. Dibimbing oleh para Tuan Guru yang puluhan tahun bergelumang dengan ilmu
2. PDF disediakan secara percuma
3. Pengajian secara dalam talian, FB Private Group
4. Rakaman boleh ditonton ulang pada bila-bila mana
5. Teks bacaan kitab disiarkan dalam video live
Tuan Guru Hj Yusuf
bin Ismail
Mudir Pondok Tunjong
Murid Baba Abdullah Sarah,
Sempat belajar dengan Ayah
Der Sekam

Tuan Guru Haji
Mohamad bin Awang
Guru Pondok Tunjong
Pengalaman belajar di Pondok
Pasir Tumboh
Sempat berguru dengan Tuan
Haji Abdul Rahman Wakaf Bharu (Tuan Guru kepada Pak Su Mid Gunung)
Tuan Guru Ahmad bin Yakob
Guru Pondok Tunjong
Belajar dengan pengasas Pondok Pasir Tumboh Tuan Guru Hj Abdul Aziz dan Tuan Guru Haji Mustafa
Guru paling lama
berkhidmat di Pondok Tunjong

Tuan Guru Azri Hisham bin Abd Rahman
Guru Kuliyyah Pondok, Pasir Tumboh
Pernah belajar di Pondok Sungai Durian dan Pondok Pasir Tumboh
Terpilih untuk mengikuti Kuliah Pondok pada zaman pelajar
Jika anda ingin mendaftar secara manual, boleh klik link whatsapp dibawah :
https://bit.ly/DaftarManualDaurah